Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

PESONANYA CINTA, ROBEKNYA KASIH


Cinta itu satu perasaan yang suci kurniaan Allah SWT kepada kita umat manusia, satu perasaan yang indah dan membuatkan umat manusia saling menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain. Memang rasa cinta itu satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata sehinggakan ada segolongan daripada masyarakat kita sebagai manusia yang hanyut dek kerana terpesona dengan cinta telah menyalahgunakan rasa cinta itu untuk diberikan kepada insan yang tidak sepatutnya sehinggakan lahirnya insan suci yang tidak berdosa.

Sehingga kini, banyak sekali kita dengar tentang kes-kes buang bayi, tak kiralah daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti mahupun masyarakat sekeliling kita . Baru-baru ini kita dikejtkan dengan berita mengenai seorang pelajar darjah 6 di sebuah sekolah di pantai timur telah melahirkan bayinya di tandas sekolah, namun bayi tersebut dijumpai mati lemas dalam bilik air tersebut, mungkin kerana ibunya itu terlalu panik sehingga terbunuh bayinya sendiri, nau’zubillah. Tidak lupa juga berita terbaru tentang pelatih PLKN yang telah selamat melahirkan bayinya semasa menjalani latihan PLKN. Berita-berita sebegini semuanya berpunca dari satu rasa, iaitu cinta. Itulah cinta, hanya kerana terpesona dengannya mampu memusnahkan hidup manusia jika tidak disalurkan kepada yang paling berhak iaitu Khaliq, Pencipta kita, Allah Azza wa Jalla.

Jika kita kembali kepada punca asas kepada masalah ini, ia adalah kerana lemah atau kurangnya pegangan iman dan ilmu agama dalam diri remaja kita. Selain itu, terlalu taksub dengan cinta juga adalah penyumbang utama terjadinya masalah sosial ini. Remaja kini dengan mudah menafsirkan rasa cinta sehinggakan mereka dalam tidak sedar telah melebihkan nafsu daripada akal dan iman, sedangkan kita sebagai manusialah yang harus bijak mengawal nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita. Bila berbicara tentang remaja yang terlanjur, sebenarnya bukan sahaja wanita yang patut dipersalahkan, malah lelaki juga haruslah mempunyai kesedaran tentang kesilapan yang telah mereka lakukan. Mereka hanyut dalam rasa cinta tanpa memikirkan impak disebalik perbuatan zina yang mereka lakukan. Maka terlahirlah zuriat suci yang tidak berdosa.

Perbuatan zina dan isu buang bayi memang bersangkut-paut. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 31-32 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan.Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa yang besar. Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan."


Dalam ayat di atas, Allah memberikan peringatan dan larangan kepada kita supaya tidak mendekati zina dan tidak membunuh anak kerana anak juga adalah rezki daripada Allah SWT.

Kita sedia maklum, wanita adalah kaum yang lemah yang diakui imannya hanyalah senipis helaian rambut, mudah goyah dan mudah depengaruhi syaitan durjana bila kurangnya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Wanita amat lemah dengan kata-kata cinta dan janji manis sehingga menurut apa sahaja keinginan sang lelaki kerana terlalu cinta dan tidak ingin kehilangan kekasih hati mereka. Lelaki yang tidak bertanggungjawab pula mementingkan keseronokan dunia semata-mata dengan senangnya merangut mahkota kesucian wanita yang dahagakan kasih sayang dan kesetiaan kekasih mereka. Lelaki seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab terhadap apa yang telah mereka lakukan, bukan membiarkan bunga terkulai layu begitu sahaja setelah habis madunya. Mereka tidak sepatutnya membiarkan kaum wanita sahaja menanggung bebanan dosa akibat perbuatan bersama, tetapi sewajibnya bertanggungjawab.


Oleh itu, sedarlah kaum hawa, peliharalah maruah dan harga dirimu dan buat kaum adam, pimpin dan peliharalah maruah kaum hawa kerana merekalah yang akan menjadi ibu kepada anak-anakmu nanti, jangan biarkan kami hanyut ditelan arus cintamu kerana engkaulah pemimpin srikandi, yang sepatutnya memimpin kami menuju redha Ilahi.

Tersadung hanya daripada satu kesilapan yang kesannya memusnahkan cinta ibu dan anak, merobeknya harapan seorang anak yang mengharapkan kasih suci seorang ibu dan bapa yang bakal mencorakkan kehidupannya. Ini sering terjadi apabila tiada lagi rasa simpati, insaf, dan sayang terhadap anak yang tidak berdosa ini. Sedangkan anak adalah anugerah Allah yang amat berharga, yang sepatutnya ditatang bak minyak yang penuh, bukan sebagai minyak tengit yang boleh dibuang sesuka hati. Anak yang suci ini dengan tanpa rasa belas kasihan sewenang-wenangnya dibuang ke tempat-tempat yang tak sepatutnya seperti tong sampah, tandas, sungai dan sebagainya sehinggakan baru-baru ini kita amat terkejut dengan penemuan mayat bayi yang anggota badannya digonggong anjing. Malah jika anak ini terselamat, timbul pula isu anak haram, anak zina sehinggakan terjadi pula kesan psikologi yang mendalam terhadap anak-anak ini sepanjang hidup mereka apabila mereka dicemuh dan dipandang hina oleh segolongan masyarakat kita yang tidak peka terhadap masalah ini.

Ya Allah, mana rasa sayang wahai saudaraku? Sudah pudarkah rasa kasihan dan sudah hapuskah sekelumit belas? Tiada lagikah rasa perikemanusiaan dalam diri masyarakat kita? Kita seharusnya sepakat, duduk bersama untuk berbincang mengenai masalah ini, bagaimana untuk mengatasinya, bagaimana untuk memulihkan keadaan ini daripada terus menjadi belenggu yang semakin parah di negara kita, dan bukannya terus menghukum mereka yang telah terlanjur. Remaja yang terlibat ini seharusnya diberikan perhatian, diberikan motivasi dan yang penting dibimbing dengan ajaran agama supaya mereka tidak terus terkapai-kapai tenggelam dalam arus cinta duniawi.

Tahap keimanan dalam diri yang terhasil dari tiang agama yang utuh, iaitu solat yang khusyu’ mampu menjadi benteng dan perisai daripada tersungkur ke kancah yang tidak berperikemanusiaan ini. Begitulah betapa pentingnya pegangan agama dan kesedaran dalam diri kita terhadap perkara kemungkaran. Buat mereka yang telah terlanjur, kembalilah kepada ya Rabbana, kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.


Usah ditangisi atau diratapi perkara yang terjadi tetapi bangkitlah untuk memperbetul dan menginsafi kesilapan tersebut. Disinilah amat berharganya air mata seorang hamba yang mendambakan pengampunan daripada Allah Yang Maha Penyayang Jadi, ayuhlah para remaja dan masyarakat sekalian, sama-samalah kita memohon petunjuk hidayah dan perlindungan daripada Allah supaya terhindar daripada perkara yang membelenggu ini, banyakkan berdoa agar iman kita tetap utuh dan semakin menebal kecintaan kita kepada Allah.

Sebagai penutup, renungkanlah bersama firman Allah SWT dalam surah Ali-‘Imran, ayat 135 yang bermaksud:

Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui.”

Masih banyak peluang tersedia untuk berubah, bergantunglah kepada yang empunya diri. Bertaubatlah semuanya dan sebagai masyarakat dan saudara seislam, kita harus memaafkan mereka yang terlanjur ini. Siapalah kita untuk menghukum mereka sedangkan Allah SWT Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang menerima taubat hambaNya. Yang penting, jagalah hati kerana ia adalah radar yang bergerak, yang menentukan tahap keimanan kita.

Sesungguhnya hati setiap manusia itu menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan, maka terpulanglah kepada manusia untuk memilih pemenangnya. Hargailah anak-anak yang tidak berdosa ini, kerana mereka selayaknya hidup di muka bumi Allah ini sebagaimana insan yang lain. Hargailah juga semua insan di sekeliling kita kerana bukankah kita semua bersaudara. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Lalai sesaat kadangkala mampu membuatkan air mata bercucuran setahun.

lelaki idaman..

lelaki idaman..

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.




KAU DIA DAN AKU....


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu .


Seorang gadis itu...



Seorang gadis itu...

Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI




Duhai Diri, Ingatlah Asal Kejadianmu..



Wahai saudaraku, kenikmatan yang paling besar dan tak ternilai harganya, telah dikaruniakan kepadamu, kaum muslimin, dimana engkau dipilih diantara sekalian banyak manusia untuk berikrar dengan lisan dan beriman dengan hati bahwa tiada Tuhan selain Allah. Kalimat yang karenanya ditegakkan alam semesta ini, diutusnya Nabi-Nabi karenanya, dijadikan untukmu sekalian Islam sebagai agama yang diterima dan diridhoiNya, dijadikan Nabi Muhammad SAW, kekasihNya, sebagai Nabimu, yang dengan beliau, engkau menjadi sebaik-baiknya umat. Bersyukurlah, wahai saudaraku, atas nikmat-nikmat agung tersebut. Jagalah dan renungkanlah dengan mata hatimu.

Ingatlah, wahai saudaraku, nikmat-nikmat Tuhanmu yang telah diberikanNya kepadamu. Diciptakannya engkau hingga berwujud di alam dunia ini. Dimanakah engkau sebelum itu? Janganlah engkau menduga bahwa engkau diciptakan dalam keadaan sia-sia dan engkau tidak dikembalikan kepada asalmu, yaitu tanah, dan akan dibangkitkan lagi pada kali yang ketiga untuk mempertanggung-jawabkan perbuatanmu.

Tidakkah engkau renungkan sesungguhnya engkau berpindah-pindah sebagai nutfah (air mani)? Tiada yang mau memperdulikan wujudmu sebagai sperma dari bapak dan ibu, kecuali Tuhanmu yang menjaga hingga engkau berada di perut ibu kandungmu. Dipeliharalah engkau hingga engkau tumbuh di perut ibu selama 40 hari menjadi segumpal darah. Kemudian diperhatikanlah engkau selama 40 hari hingga menjadi segumpal daging. Kemudian tulang tumbuh dilapisi daging, dilengkapi engkau dengan anggota badanmu : mulut, telinga, mata, hingga sempurna kejadianmu dalam bentuk manusia selama 140 hari.

Kemudian ditiupkan ruhmu daripadaNya sampai engkau terjaga aman dalam rahim ibu. Diberinya engkau makanan selama dalam perut ibumu tanpa engkau minta dan merengek, tanpa gunakan mulut untuk memakannya, tahu-tahu telah sampai makanan dalam perutmu, hingga 9 bulan dikeluarkannya engkau dari perut yang gelap itu menuju alammu yang sekarang, dalam keadaan telanjang tanpa sehelai kain yang kau kenakan. Dalam keadaan lemah, tanpa gigi yang membantumu mengunyah makanan dan tak berfungsi di pencernaanmu.

Dikeluarkannya untukmu air susu ibu yang sebelumnya kering tak berisi. Kemudian engkau tumbuh semakin besar, tegak sempurna, tapi tetap jatah rizkimu tidak dicabut olehNya. Kemudian dijadikan untukmu istri. Kemudian dikaruniainya engkau olehNya anak, sedang engkau dalam keadaan sehat wal afiat.

Tiba-tiba engkau lupa akan nikmatNya, kau lawan perintahNya, engkau campakkan seruanNya. Engkau terlena dengan kesehatanmu. Pada saat engkau sakit, siapakah yang memberikan kesembuhan untukmu? Engkau tertipu dengan urusan duniamu!. Apakah jika semua itu dicabutnya darimu, siapakah kiranya yang dapat menolongmu?

Allah hendak berkata, “Apakah engkau tidak malu, wahai hambaKu?. Engkau berjalan dibumiKu, berinjak di bawah langitKu, tapi engkau tentang perintahKu! Engkau bersenang-senang dengan rizki yang telah Kuberikan padamu, tapi engkau gunakan untuk bermaksiat padaKu. Apakah telah engkau temukan obat pencegah umur tuamu?. Atau mungkin engkau mempunyai kesaktian mandra guna untuk menolak ajalmu hingga engkau bergelimang dengan dosamu?”

و جاءت سكرات الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد

“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang engkau selalu lari darinya.” (QS. Qof:19)

Ya Allah, Aku Mahu Berubah

YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 CHENTA SEJADAH ALQURAN |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.